 |
|
Want your own Fotopage?

|
|
 ***Mahasiswa Minda Masyarakat*** By: gemada iium
[Recommend this Fotopage] |
[Share this Fotopage]
| [Track this Fotopage]
|
View complete fotopage
|
|
| Saturday, 12-Jul-2008 12:00 |
Email | Share | Bookmark |
|
Sayu Di ASDAF (Program 'Glitters Of Tomorrow')
|
|
Adik-adik unik ASDAF...
Kak fiza dgn kumpulannya... hehe:)
Aktiviti dalam kumpulan yang menyeronokkan...
Ek eh... Kak Ju bagi amanat apa tu..?
Muslim Aid Asia (MAA)
Kumpolan 'YOB..' yang sporting...
3 adik manis ASDAF...
Huhu.. lukis apa tue..?
Haa... makan jangan tak makan...
Presentation untuk meningkatkan keyakinan diri adikadik ASDAF
Kumpulan ini aktif... heheh
"Sunguh best program ini..." asri dan usop
Riadah petang-petang... main macam-macam...
GEMADA...
Tempat : Asrama Darul Falah (ASDAF), Bangsar.
Program 'Glitters Of Tomorrow' ini merupakan program yang telah dianjurkan oleh Muslim Aid Asia (MAA) iaitu satu badan NGO amal yang baru saja ditubuhkan di Malaysia pada tahun 2004. Program ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti masalah adik-adik orang asli yang terdapat di situ selain dari membantu dan memotivasi mereka. Untuk pengetahuan, setelah banyak pemerhatian dijalankan, adik adik orang asli yang dalam lingkungan umur 6 ke 17 tahun ini kurang memberi perhatian untuk ke sekolah. Ini adalah kerana di sekolah, kebanyakan dari mereka ini dibuli, dan disisihkan.
GEMADA pada kali ini telah dijemput oleh badan NGO ini sebagai sukarelawan MAA untuk bersama-sama menjadi fasilitator untuk program ini. Sepanjang program ini, banyak aktiviti yang dijalankan bagi menarik minat adik-adik orang asli ini seperti ramah-mesra, aktiviti dalam kumpulan, permainan riadah dan macam macam lagi. Macam macam karenah adik adik yang dapat dilihat, ada yang hyperaktif, ada yang malu-malu, ada yang suka senyum dan macam macam lagi, hehe
Program yang dijalankan selama dua hari satu malam ini, banyak memberi kenangan kepada kami dan adik-adik ASDAF ini.. Sehinggakan ada yang diantara mereka menangis dan kesayuan apabila tiba masa kami untuk meninggalkan tempat tersebut...
Memori bersama tak dapat dilupakan... dan mungkin lepas ni akan ada lagi kunjungan kami ke tempat tersebut.
Kepada yang berminat untuk menjadi sukarelawan MAA sila lawati page
http://khalifahislam.blogspot.com dan isi borang yang disediakan.
|
|
|
|
|
View complete fotopage
|
|
|
|
 |
|
|
|